BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 15, 2010

Ad-Du'at

Ad-Du'at ? Apakah itu ? Apa tugasannya ?

Kenapa kita digelar Ad-Du'at ? 
- kerana tidak sebaik-baik perkataan melainkan perkataan yang mengajak berbuat kebaikan dan Al-Quran merupakan rujukan penting bagi para Ad-Du'at. 

Apa tugas Ad-Du'at? 
-  لا إله إلا الله محمد رسول الله
- Membawa manusia untuk mematuhi syariat Allah.

  Da'wah = payah, jadi, perlu siapkan diri dan perlu tahu apa ciri-ciri du'at.

Ciri-ciri Ad-Du'at.

1) IMAN dan RUHI yang tinggi.
- pastikan IMAN sentiasa tinggi kerana banyak cabaran yang akan ditempuh.
- hubungan yang baik dengan ALLAH. ( fardhu, sunat, zikir, doa, infaq dan lain-lain.)

2) Keteladanan yang baik / QUDWAH HASANAH.
- Tunjukkan akhlak, kecemerlangan dan sebagainya yang baik.

3) IKHLAS dan mengharap GANJARAN ALLAH.
Amalkan ISTIGHFAR agar dapat mengelak hati atau niat dipesong oleh syaitan laknatullah.

4) Keistimewaan ILMU dan pengetahuan ilmu-ilmu SYARA'.
Dalami ilmu Al-Quran , As-Sunnah serta ilmu feqh.

5) Bersifat lapang dada dan pemaaf.
- Tidak mudah sakit hati dengan para mad'u.
- Sering memaafkan kesalahan orang-orang lain. ( Simpati, kasih sayang, berjiwa besar, tidak kasar, tidak sombong dan berkepentingan. )
- Jangan sesekali membuat orang lain rasa bahawa beliau tidak sesuai untuk bergaul dengan kita.

6) Kemampuan MENGOPERASIKAN DA'WAH.
PEKA terhadap TABIAT MANUSIA.
- PEKA terhadap DAYA KEFAHAMAN ORANG LAIN.
- PEKA terhadap MASA.
- PEKA terhadap MASLAHAH dan MAFSADAH( Manfaat dan Mudharat. )
PEKA terhadap KEBIASAAN dan ADAT SETEMPAT. 
- PEKA terhadap AULAWIYAT ( keutamaan. )

7) Berani tetapi BERHIKMAH. 
Tidak mengharap malah MEMBERI( Memberikan masa, tenaga, harta dan tidak mengambil kesempatan. )
 " Bila Da'wah DIKOMERSIALKAN, Orang Akan Hilang KEPERCAYAAN."

8) Istiqamah. 
- Berdakwah tidak boleh bermusim. 
" Da'wah boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi tiada masa tertentu untuk da'wah. "
- Manusia perlu selalu diingatkan kerana manusia ini pelupa.

9) Kreatif 
- Fikirkan cara-cara untuk berdakwah( risalah, media, komik dan sebagainya. )


- Diambil serba sedikit dari program NADWAH KITA yang berjalan dari 12 Nov-14 Nov 2010 di Masjid As Saa'dah ( Pelabuhan Klang )

0 comments: