IMAN
-Hati yang suci
IKHLAS
-Jiwa yang bersih
HAMMASAH
-Perasaan yang kuat
AMAL
-Azam seorang pemuda
-Saidina Ali Bin Abi Talib- Memilih agama Islam ketika berusia 10 TAHUN. Malah menggadaikan diri demi nyawa Rasulullah pada usia itu juga.
- Usamah B. Zaid- Mahu menyertai Perang Uhud pada usia 14 TAHUN, tetapi ditolak oleh Rasulullah kerana masih terlalu muda. Namun, beliau menjadi panglima Islam tatkala usia 19 TAHUN.
- Anas B. Malik- Mula meriwayatkan hadis ketika berumur 10 TAHUN.
- Imam Bukhari- Sudah menghafal Al-Quran tika berusia 6 TAHUN. Sudah menghafal Kitab Abdullah Bin Mubarak dan Kitab Imam Waqi' pada usia 16 tahun.
- Hassan Al-Banna- Sudah menyuarakan penentangan terhadap pemerintahan British tika sudah berusia 13 TAHUN. Menubuhkan Gerakan Ikhwan Muslimin ketika berusia 22 TAHUN.
وَالَّذينَ جٰهَدوا فينا لَنَهدِيَنَّهُم سُبُلَنا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ المُحسِنينَ
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." - (Surah Al-'Ankabuut 29 : 69)
Berapa lama kita mahu terus melayan sifat keanak-anakan kita itu. Sehingga sentiasa berterusan dalam perkara yang sia-sia.
Berapa Usia kita? Apa usaha kita yang telah kita sediakan buat Umat Islam, bahkan untuk Islam itu sendiri? Apakah mahu terus mahu menyibukkan diri pada benda yang remeh-temeh sedangkan banyak lagi keperluan umat yang harus kita lakukan. Muhasabah ruuhi bersama. Moga kesibukan kita tidak terbuang pada perkara yang bukan kita agendakan. اللهم أمين.
Friday, May 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment