Friday, May 13, 2011
Rukun-Rukun Pemuda
-Hati yang suci
IKHLAS
-Jiwa yang bersih
HAMMASAH
-Perasaan yang kuat
AMAL
-Azam seorang pemuda
-Saidina Ali Bin Abi Talib- Memilih agama Islam ketika berusia 10 TAHUN. Malah menggadaikan diri demi nyawa Rasulullah pada usia itu juga.
- Usamah B. Zaid- Mahu menyertai Perang Uhud pada usia 14 TAHUN, tetapi ditolak oleh Rasulullah kerana masih terlalu muda. Namun, beliau menjadi panglima Islam tatkala usia 19 TAHUN.
- Anas B. Malik- Mula meriwayatkan hadis ketika berumur 10 TAHUN.
- Imam Bukhari- Sudah menghafal Al-Quran tika berusia 6 TAHUN. Sudah menghafal Kitab Abdullah Bin Mubarak dan Kitab Imam Waqi' pada usia 16 tahun.
- Hassan Al-Banna- Sudah menyuarakan penentangan terhadap pemerintahan British tika sudah berusia 13 TAHUN. Menubuhkan Gerakan Ikhwan Muslimin ketika berusia 22 TAHUN.
وَالَّذينَ جٰهَدوا فينا لَنَهدِيَنَّهُم سُبُلَنا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ المُحسِنينَ
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." - (Surah Al-'Ankabuut 29 : 69)
Berapa lama kita mahu terus melayan sifat keanak-anakan kita itu. Sehingga sentiasa berterusan dalam perkara yang sia-sia.
Berapa Usia kita? Apa usaha kita yang telah kita sediakan buat Umat Islam, bahkan untuk Islam itu sendiri? Apakah mahu terus mahu menyibukkan diri pada benda yang remeh-temeh sedangkan banyak lagi keperluan umat yang harus kita lakukan. Muhasabah ruuhi bersama. Moga kesibukan kita tidak terbuang pada perkara yang bukan kita agendakan. اللهم أمين.
Posted by Amirul Asyraf at 3:52 PM 0 comments
Saturday, April 23, 2011
Never Forget . .
Posted by Amirul Asyraf at 7:10 AM 0 comments
Friday, April 22, 2011
UBAY bin KA'AB bin QAIS
Profil Beliau . .
- Warga Ansar daripada suku khazraj
- Sebelum Kedatangan Islam, Ubay adalah termasuk pendeta Yahudi yang banyak membaca kitab-kitab klasik.
- Mengisytiharkan keislaman semasa Perjanjian Aqabah Kedua .
- Tergolong dalam golongan awal yang menyahut seruan Islam
- Menyertai angkatan Perang Badar,Uhud serta peperangan-peperangan lain yang disertai Rasulullah s.a.w.
- Termasuk perintis penulis wahyu dan surat-surat.
- Termasuk golongan terkemuka dalam penghafalan al-quran, membaca dan memahami ayat-ayatnya .
- Termasuk empat orang pengajar al-quran yang hafiz dan mempunyai kodifikasi al-quran pada zaman Rasulullah
- Terkenal dengan julukan Sayyid al-Qurra' .
- Wafat pada tahun 21 Hijrah.
Posted by Amirul Asyraf at 7:38 PM 0 comments
Terapi Duka . .
Diterima Dengan Hati Yang Jernih . . Tidak Selamanya Langit itu Mendung . .
Setiap Kedukaan Ada Penawar, Segala Yang Tersimpul Dapat Dilerai . .
(Terapi Duka)
Serba Sedikit . .
Posted by Amirul Asyraf at 10:30 AM 0 comments




